PENGURUSAN STARS
MAKLUMAN PERTANDINGAN NILAM PIBG
HADIAH ISTIMEWA KEPADA PEMENANG
Monday, 26 October 2015
Sunday, 25 October 2015
TUGAS-TUGAS AJK NILAM
TUGAS -TUGAS AJK NILAM
MESYUARAT JAWATANKUASA NILAM
1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun:-
I. Januari - Mesyuarat perancangan dan pentadbiran.
II. Jun - Mesyuarat pelaksanaan dan penilaian.
III. November- Mesyuarat penilaian dan rumusan.
2. Menyediakan pelan tindakan dan carta gantt.
PENGERUSI ( GURU BESAR/PENGETUA )
1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Program NILAM peringkat sekolah.
3. Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
4. Memastikan pelaksanaan Program NILAM di peringkat sekolah berjalan dengan lancar.
5. Mengamati masalah, kelemahan dan kelebihan Program NILAM dan mengambil tindakan susulan.
6. Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM.
7. Menentukan bahan bacaan mencukupi dan sesuai untuk pelajar.
8. Menentukan pihak yang mengesahkan dan menandatangani Buku Rekod NILAM
9. Mengenalpasti guru untuk diberi kursus atau seminar berkaitan.
10. Meluluskan peruntukan kewangan.
TIMBALAN PENGERUSI ( Penolong Kanan Pentadbiran )
1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Bertanggungjawab kepada Pengerusi menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
3. Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Program NILAM.
4. Memastikan setiap panitia mengadakan sekurang-kurangnya satu aktiviti yang menyokong Program NILAM.
5. Menyimpan Rekod Pencapaian Bulanan pelajar pada hujung tahun.
6. Mengesahkan guru pembimbing dan kumpulan pelajar
PENYELARAS PROGRAM ( Guru Perpustakaan dan Media )
1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Memberi taklimat kepada murid dan pelajar.
3. Mengagihkan buku pinjaman kelompok.
4. Menyedia dan melaporkan analisis koleksi bahan bacaan di Pusat Sumber Sekolah.
5. Mengurus pembelian buku PSS berasaskan keperluan dan sistem pembelian sekolah.
6. Menyelaraskan aktiviti membaca yang menyokong Program NILAM yang dirancang oleh setiap panitia.
7. Menyediakan pangkalan data maklumat (PRONILAM).
8. Menyelaras pengurusan data( pengumpulan, pengisian dan analisis)
9. Membentang laporan pencapaian NILAM di peringkat sekolah.
10. Menghantar laporan ke PKG dan BTPN
SETIAUSAHA
1. Membantu Penyelaras melaksanakan program NILAM peringkat sekolah.
2. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal berkaitan.
3. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat.
4. Mengedarkan buku rekod bacaan pelajar kepada guru kelas.
5. Mengesan pelajar yang layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.
6. Menyenarai nama guru pembimbing dan kumpulan pelajar.
7. Mengemaskini statistik BRM pelajar dan markah RP dengan bantuan ketua aliran secara berkala dan tahunan.
8. Menganalisis data pencapaian keseluruhan Tahap Jauhari.
9. Menganalisis keseluruhan pencapaian Tahap Rakan Pembaca.
10. Membantu Penyelaras Program menyediakan laporan peringkat sekolah.
Wednesday, 14 October 2015
Monday, 12 October 2015
VISI , MISI DAN MOTTO PUSAT SUMBER SEKOLAH
Visi pusat sumber sekolah
Membudayakan Teknologi
Pendidikan Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Negara
Misi pusat sumber sekolah
Menjadikan Pusat Sumber
Sekolah Pusat Penyebaran Ilmu Dan Maklumat
Motto pusat sumber sekolah
Pusat Sumber Sekolah Ke Arah
Kecemerlangan Budaya Ilmu
FALSAFAH PUSAT SUMBER SEKOLAH
FALSAFAH PUSAT
SUMBER SEKOLAH
Pusat Sumber Sekolah
merupakan satu tempat menjalankan aktiviti yang menuju ke arah melaksanakan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Ia merupakan satu
konsep yang banyak menumpukan kepada pengurusan yang sistematik, berpusat dan
menyeluruh yang dapat memberi faedah dan perkhidmatan yang maksima kepada
guru-guru dan pelajar.
Pusat sumber sekolah
berfungsi sebagai pengumpul, penyusun, dan penyimpan maklumat dalam satu sistem
yang senang difahami dam mudah dikesan. PSS juga bertindak sebagai penyebar
bahan-bahan maklumat dengan cepat dan segera apabila diperlukan.
Pusat sumber adalah
sebagai satu sistem perkhidmatan yang membolehkan semua pihak di peringkat sekolah
mencapai matlamat-matlamat kurikulum. Fenomena ini akan menggalakkan
perkembangan intelektual, rohani, emosi, dan jasmani yang seimbang.
SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH (STARS)
SEJARAH
PUSAT SUMBER SEKOLAH (STARS)
Perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru-guru perlu kerana ia mempengaruhi penerimaan dan daya ingatan seseorang. Mengikut kajian philips 1950 di university of Texas setiap aktiviti mempunyai daya ingatan seperti berikut :
Apa yang di baca 10%
Apa yang di tanya 20%
Apa yang di lihat 30%
Apa yang di dengar dan di lihat 50%
Apa yang di sebut 70%
Apa yang di sebut dan di lakukan 90%
Beliau juga menyatakan dalam proses P&P penglibatan kelima-lima deria melalui rangsangan yang amat berkesan seperti :
Melalui deria rasa 1.0%
Melalui deria sentuh 1.5%
Melalui deria hidu 3.5%
Melalui deria dengar 11.0%
Melalui deria lihat 83.0%
Oleh itu, dalam proses pembelajaran dan pengajaran selain daripada buku teks atau ‘chalk and talk’ perlu dipelbagaikan penggunaan sumber selaras dengan perkembangan bidang mekanik, elektronik dan computer. Untuk tujuan inilah pusat sumber sekolah diwujudkan. Bermula dengan perpustakaan tradisi kepada Pusat Sumber Sekolah.
Pada masa ini Pusat Sumber STARS terdiri daripada :
01. Perpustakaan
02. Bilik Bahan Bantu Mengajar
03. Bilik SAL Bahasa Inggeris
04. Makmal Komputer
05. Bilik Menara Siber/Bilik Maya
06. Bilik Galeri
Oleh sebab wujudnya perkembangan yang pesat dalam bidang mekanik dan elektronik perpustakaan tradisi yang pada suatu ketika dahulu dipenuhi dengan bahan-bahan bercetak sahaja kini terpaksa memperluas bidang dan fungsinya supaya dapat dimanfaatkan dan berkesan lagi.
Dalam hal ini, perpustakaan tradisi terpaksa memperbanyakkan bahan-bahan keperluan yang bukan sahaja terdiri daripada bahan bercetak tetapi juga merangkumi bahan-bahan bukan bercetak seperti alat pandang dengar dan alat elektronik, contohnya filem, kaset, slide, televisyen dan radio.Pada peringkat permulaannya sesebuah pengajaran dan pembelajaran diasingkan dan tidak ada penyelaras khas atau guru yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas penyelaras di bidang perpustakaan atau media.
Penggunaan Pusat Sumber STARS telah meningkat dari semasa ke semasa. Perpustakaan yang terletak di tingkat 3 , Blok B yang dilengkapi dengan pelbgai kemudahan telah menarik minat pelajar untuk memanfaatkan penggunaanya.Begitu juga dengan Bilik Bantu Mengajar yang terletak di tingkat 1, Blok B telah memudahkan guru-guru menggunakan alat BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Makmal Komputer ynag terletak bersebelahan kantin telah dimanfaatkan oleh murid-murid dan guru-guru melayari internet (School Net). Penggunaan Makmal Komputer ini telah menjadikan murid-murid STARS celik komputer. Makmal Komputer ini mengandungi 10 buah komputer sumbangan JPJ dan 41 buah netbook untuk dimanfaat oleh guru-guru dan murid-murid di STARS.
Bilik Menara Siber atau Bilik Maya telah menggantikan Bilik Tayangan. Bilik Menara Siber ini terletak di tingkat 2 , Blok C. Bilik Menara siber ini berfungsi sebagai tempat murid-murid dan guru-guru untuk mengakses internet melalui crome book,e-Book atau Smart Board. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagaikan dengan penggunaan ICT.
Bilik Galeri yang mula beroperasi pada bulan Oktober 2014 berfungsi sebagai sebuah tempat yang menyimpan pelbagai bahan , dokumentasi , data-data pencapaian sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum serta pelbagai khazanah sekolah. Bilik Galeri ini menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan sejarah sekolah sejak dibuka pada tahun 2002.
Adalah diharapkan agar penggunaan Pusat Sumber sekolah akan terus meningkat dan memberi lebih banyak manfaat kepad guru-guru dan murid-murid SKKST
Friday, 9 October 2015
Kebaikan susu
“Tiada minuman susu yang paling berharga dan lebih baik
daripada susu ibu kerana lengkap dengan nutrisi. Cuma yang menghairankan ketika
usia kecil, bayi dibekalkan dengan susu badan atau formula tetapi apabila
meningkat usia susu tidak lagi dijadikan amalan.
“Sepatutnya amalkan minum dua kali sehari iaitu pagi, petang
atau malam. Lebih bermanfaat selepas segelas susu minum jus untuk mendapatkan
khasiat vitamin C,” katanya.
Prof Dr Aminah, berkata pendapat yang mengatakan susu hanya
menggemukkan dan menyebabkan kanser tidak benar dan itu cuma mitos saja.
“Ketika belajar di luar negara, saya dan rakan amalkan minum
susu dan sehingga kini masih amalkan. Pemeriksaan kesihatan mendapati tulang
saya cukup kuat dan tidak rapuh. Ramai wanita mengadu sakit tulang, jadi
minumlah susu.
Subscribe to:
Posts (Atom)