“Tiada minuman susu yang paling berharga dan lebih baik
daripada susu ibu kerana lengkap dengan nutrisi. Cuma yang menghairankan ketika
usia kecil, bayi dibekalkan dengan susu badan atau formula tetapi apabila
meningkat usia susu tidak lagi dijadikan amalan.
“Sepatutnya amalkan minum dua kali sehari iaitu pagi, petang
atau malam. Lebih bermanfaat selepas segelas susu minum jus untuk mendapatkan
khasiat vitamin C,” katanya.
Prof Dr Aminah, berkata pendapat yang mengatakan susu hanya
menggemukkan dan menyebabkan kanser tidak benar dan itu cuma mitos saja.
“Ketika belajar di luar negara, saya dan rakan amalkan minum
susu dan sehingga kini masih amalkan. Pemeriksaan kesihatan mendapati tulang
saya cukup kuat dan tidak rapuh. Ramai wanita mengadu sakit tulang, jadi
minumlah susu.