PENGURUSAN STARS







MAKLUMAN PERTANDINGAN NILAM PIBG
HADIAH ISTIMEWA KEPADA PEMENANG

Sunday 2 December 2012

Saturday 1 December 2012

Suri Teladan STARS







MUHAMMAD IZZHAM IRFAN B MD. ATAN




BIOGRAFI TOKOH


1.TARIKH LAHIR..2 JULAI 1996
2.PENDIDIKAN..SK KOMP SEBERANG TAKIR
SMK IBRAHIM FIKRI
3.PENCAPAIAN AKADEMIK
A. 5A UPSR ..2008
B. 7A 1B..PMR..2011
C. 6A+  2A 1B ..SPM 2013
4. PENGLIBATAN
A.PENGAWAS SEKOLAH
B.AJK PENGAKAP
C.PASUKAN BOLA SEPAK SEK
D. MEMANAH PERINGKAT DAERAH
E.TOKOH NILAM 2008
F. PENCALONAN TOKOH NILAM PRGKAT N.TRG 2008
5. SUMBNGAN KHIDMAT BAKTI
A.FASILITATOR KEM BESTARI SOLAT DI SK BUKIT TUMBUH..2014..2015
B.FASILITATOR KEM FARDHU AIN DMASJID KG.BATIN..2016
C.FASILITATOR KEM MATA PEL FIZIK DN KIMIA D SMK.IBRAHIM FIKRI..2015
D. KHIDMAT BANTU BILIK SALURAN TV STARS ..2016
6.ANUGERAH..ANUGERAH EMAS SPM 2013
7. Bidang pengajian..ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal uitm shah alam

SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH
- MOTIVASI PELAJAR SEKOLAH
- MEMBANTU PSS SEKOLAH



KEJAYAAN PSS SEKOLAH STARS



Antara Kejayaan Pusat Sumber ialah :

01. Pusat Sumber Sekolah mencapai taraf lima bintang dari tahun 2010 hingga 2016 dalam Penarafan       IQPSS( Index Quality Pusat Sumber Sekolah).

02. Johan Peringkat  Negeri Terengganu   dalam Penggunaan e-Book Terbaik 2010

03. Johan dalam Pertandingan Kuiz secara on line dalam Program Bescom ( Tour Bersama        
      Masyarakat) 2013.

04. Tempat ke-10 daripada 200 buah sekolah di seluruh Malaysia yang menyertai Pertandingan Word
      Mania 2014.

05. Terpilih untuk menyertai Seminar Pembelajaran Maya Murid di USM Pulau Pinang ,2014

06. Mencapai Penarafan lima bintang dalam SSQS Peringkat Negeri Terengganu pada 2014.

07. Menjadi Johan dalam Penarafan SSQS ( Smart School Qualification Standards) Peringkat
      Negeri Terengganu 2015.

08. Johan dalam Purata Bacaan Tertinggi NILAM Peringkat Negeri Terengganu 2015.

09. Johan dalam Penggunaan Bahan MBMMBI Terbaik Peringkat Negeri Terengganu 2015.

10. Johan dalam APSSNT dan Pusat Sumber Terbaik Peringkat Negeri Terengganu 2015.

11.  Pusat Sumber akan mewakili negeri Terengganu dalam APSSK bagi tahun 2016.

Wednesday 7 November 2012

Hari Kecemerlangan Sekolah

Sedang berlangsungnya hari kecemerlangan dan anugerah sekolah yang dirasmikan oleh YAB Dato' Hj Ahmad Razif bin Abdul Rahman,Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi & Sumber Manusia.

Monday 5 November 2012

Tahniah pada yang berjaya

Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga di dalam kelas dan mendapat nombor di dalam tahun masing.   Dan pada yang tidak berjaya jangan bersedih hati..tahun depan masih ada dan rajin-rajinlah membaca buku serta membuat latihan pada cuti persekolahan nanti

Monday 15 October 2012

Mesyuarat Sekolah

Mesyuarat  Staf Sokongan sekolah akan diadakan
pada 18 Okt 2012 (Khamis). Jam 12.00 tengah hari.

Mesyuarat  Guru SKKST  akan diadakan
pada 20 Okt 2012 (Sabtu). Jam 8.00 pagi. 

 Mesyuarat  AJK PIBG  akan diadakan
pada 24 Okt 2012 (Rabu). Jam 5.00 petang.

Monday 1 October 2012

 Tercetusnya idea SK Kompleks Seberang Takir sebagai Sekolah Siber adalah pada tahun 2010. Konsep ini telah diilhamkan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Terengganu melalui lawatan pihak JPNT ke Korea dan Singapura.

   Bagi menjayakan program Sekolah Siber ini, SK Kompleks Seberang Takir telah dibimbing dan diberi nasihat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan TOP IT iaitu sebuah syarikat pengeluar e-book dan syarikat yang menghasilkan inovasi baru dalam teknologi ICT. Selain itu TOP IT juga telah mengendalikan pengagihan peralatan ICT seperti smartboard interaktif, projektor dan komputer kelas bagi menjayakan projek kelas maya ini. Pusat Sains Negeri Terengganu juga telah diberi tanggungjawab dalam membimbing dan memberi nasihat kepada sekolah ini.

   SK Kompleks Seberang Takir adalah sekolah angkat kepada Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, EXCO Pelajaran Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu.

Sunday 23 September 2012

LORONG PPDa

Tahniah kepada semua komuniti, guru dan warga SKKST kerana dapat mewakili negeri ke Peringkat Kebangsaan dalam pertandingan Lorong PPDa......semoga komitmen semua warga diberakati Illahi.

Sunday 16 September 2012

Perkhemahan

Selesai sudah pelajar tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR,dan esok bermulalah perkhemahan pelajar tahun 6,walaupun perkhemahan tersebut diadakan di sekolah ianya pasti menggembirakan...yelah bagi mereka beban UPSR telah tamat dan inilah waktunya unutk bersuka ria bersama kawan-kawan..Sekolah mengharapkan selamt berkhemah dan selamat maju jaya


Tuesday 11 September 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR

Sejak semalam 11 Sept 2012 para pelajar sedang bertarung dengan soalan-soalan peperiksaan UPSR..Semoga Allah permudahkan para pelajar menjawab soalan-soalan itu..
Pihak sekolah mengucapkan selamat berjuang dan menempuh peperiksaan kepada semua calon-calon UPSR 2012 SK Kompleks Seberang Takir. Semoga tenang dan berjaya. ‘Lalai sesaat bakal mencucurkan air mata seabad’.



Saturday 1 September 2012

Sambutan Merdeka Raya

Sambutan merdeka raya peringkat sekolah...

Sunday 26 August 2012

Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa

Selamat hari raya kepada warga SK Kompleks Seberang Takir...Walaupun beraya sakan,tapi para pelajar tahun 6 tetap dengan soalan-soalan cuti raya...hehe...Maklumlah UPSR dah dekat...apa-apa pun all the best untuk pelajar tahun 6...buat yang terbaik untuk diri dan sekolah tercinta..

Saturday 11 August 2012

Lawatan dari PPD Yan Kedah

Lawatan ini bertujuan untuk melihat penggunaan eBook dan kelas maya...