14 November 2013 - Seramai 17 orang murid sekolah ini telah mendapat keputusan 5A dalam semua subjek. Pengumuman tersebut telah dilakukan oleh tuan guru besar pada pukul 11 pagi di dewan terbuka SKKST.
22 - 23 Oktober 2013 - Berlangsung selama 2 hari, bertempat di Vivatel Hotel, Kuala Lumpur, majlis alumni sahabat pendidikan pencegahan dadah (PPDa) anjuran Petronas telah dihadiri oleh Cikgu Zulkifli bin Ismail dan Cikgu Mohd Kamal bin Salim.
12 November 2013 - Bertempat di Dewan Terbuka SK. Kompleks Seberang Takir, satu majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 telah berlangsung dengan meriah. Majlis bermula jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh ibubapa dan semua warga SKKST. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Yg Dipertua PIGB SK. Kompleks Seberang Takir iaitu YB Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman (ADUN Seberang Takir) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Alam Sekitar, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Negeri Terengganu. Turut hadir, pegawai dari PPD K.Terengganu iaitu........ Dalam majlis yang sama, YB Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman turut menyampaikan sijil kecemerlangan kepada pelajar yang cemerlang untuk tahun 2013 serta untuk UPSR 2012.