PENGURUSAN STARS







MAKLUMAN PERTANDINGAN NILAM PIBG
HADIAH ISTIMEWA KEPADA PEMENANG

Monday 12 October 2015

FALSAFAH PUSAT SUMBER SEKOLAH



FALSAFAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat menjalankan aktiviti yang menuju ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Ia merupakan satu konsep yang banyak menumpukan kepada pengurusan yang sistematik, berpusat dan menyeluruh yang dapat memberi faedah dan perkhidmatan yang maksima kepada guru-guru dan pelajar.

Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pengumpul, penyusun, dan penyimpan maklumat dalam satu sistem yang senang difahami dam mudah dikesan. PSS juga bertindak sebagai penyebar bahan-bahan maklumat dengan cepat dan segera apabila diperlukan.

Pusat sumber adalah sebagai satu sistem perkhidmatan yang membolehkan semua pihak di peringkat sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulum. Fenomena ini akan menggalakkan perkembangan intelektual, rohani, emosi, dan jasmani yang seimbang.