PENGURUSAN STARS







MAKLUMAN PERTANDINGAN NILAM PIBG
HADIAH ISTIMEWA KEPADA PEMENANG

Monday 12 October 2015

SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH (STARS)

        SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH  (STARS)

Kualiti kehidupan sesebuah negara dapat diukur melalui tahap pendidikan rakyatnya. Semua pihak khususnya warga pendidik mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pendidikan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Di mana perubahan yang berlaku pada sistem pendidikan dan sokongnya adalah hasil daripada ledakan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi dan pembaharuan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran.
 
Perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru-guru perlu kerana ia mempengaruhi penerimaan dan daya ingatan seseorang. Mengikut kajian philips 1950 di university of Texas setiap aktiviti mempunyai daya ingatan seperti berikut :
            Apa yang di baca                              10%
            Apa yang di tanya                               20%
            Apa yang di lihat                               30%
            Apa yang di dengar dan di lihat        50%
            Apa yang di sebut                              70%
            Apa yang di sebut dan di lakukan      90%
Beliau juga menyatakan dalam proses P&P penglibatan kelima-lima deria melalui rangsangan  yang amat berkesan seperti :
            Melalui deria rasa                               1.0%
            Melalui deria sentuh                          1.5%
            Melalui deria hidu                              3.5%
            Melalui deria dengar                          11.0%
            Melalui deria lihat                              83.0%

        Oleh itu, dalam proses pembelajaran dan pengajaran selain daripada buku teks atau ‘chalk and talk’ perlu dipelbagaikan penggunaan sumber selaras dengan perkembangan bidang mekanik, elektronik dan computer. Untuk tujuan inilah pusat sumber sekolah diwujudkan. Bermula dengan perpustakaan tradisi kepada Pusat Sumber Sekolah.

Pada masa ini Pusat Sumber STARS terdiri daripada :

01.  Perpustakaan
02.  Bilik Bahan Bantu Mengajar
03.  Bilik SAL Bahasa Inggeris
04.  Makmal Komputer
05.  Bilik Menara Siber/Bilik Maya
06.  Bilik Galeri

          Oleh sebab wujudnya perkembangan yang pesat dalam bidang mekanik dan elektronik perpustakaan tradisi yang pada suatu ketika dahulu dipenuhi dengan bahan-bahan bercetak sahaja kini terpaksa memperluas bidang dan fungsinya supaya dapat dimanfaatkan dan berkesan lagi.
Dalam hal ini, perpustakaan tradisi terpaksa memperbanyakkan bahan-bahan keperluan yang bukan sahaja terdiri daripada bahan bercetak tetapi juga merangkumi bahan-bahan bukan bercetak seperti alat pandang dengar dan alat elektronik, contohnya filem, kaset, slide, televisyen dan radio.Pada peringkat permulaannya sesebuah pengajaran dan pembelajaran diasingkan dan tidak ada penyelaras khas atau guru yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas penyelaras di bidang perpustakaan atau media.

         Penggunaan Pusat Sumber STARS telah meningkat dari semasa ke semasa. Perpustakaan yang terletak di tingkat 3 , Blok B yang dilengkapi dengan pelbgai kemudahan telah menarik minat pelajar untuk memanfaatkan penggunaanya.Begitu juga dengan Bilik Bantu Mengajar yang terletak di tingkat 1, Blok B telah memudahkan guru-guru menggunakan alat BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

         Makmal Komputer ynag terletak bersebelahan kantin telah dimanfaatkan oleh murid-murid dan guru-guru melayari internet (School Net). Penggunaan Makmal Komputer ini telah menjadikan murid-murid STARS celik komputer. Makmal Komputer ini mengandungi 10 buah komputer sumbangan JPJ dan 41 buah netbook untuk dimanfaat oleh guru-guru dan murid-murid di STARS.
 
      Bilik Menara Siber atau Bilik Maya telah menggantikan Bilik Tayangan. Bilik Menara Siber ini terletak di tingkat 2 , Blok C. Bilik Menara siber ini berfungsi sebagai tempat murid-murid dan guru-guru untuk mengakses internet melalui crome book,e-Book atau Smart Board. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagaikan dengan penggunaan ICT.
 
        Bilik Galeri yang mula beroperasi pada bulan Oktober 2014 berfungsi sebagai sebuah tempat yang menyimpan pelbagai bahan , dokumentasi , data-data pencapaian sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum serta pelbagai khazanah sekolah. Bilik Galeri ini menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan sejarah sekolah sejak dibuka pada tahun 2002.
Adalah diharapkan agar penggunaan Pusat Sumber sekolah akan terus meningkat dan memberi lebih banyak manfaat kepad guru-guru dan murid-murid SKKST