PENGURUSAN STARS







MAKLUMAN PERTANDINGAN NILAM PIBG
HADIAH ISTIMEWA KEPADA PEMENANG

Sunday 25 October 2015

TUGAS-TUGAS AJK NILAM


 




    TUGAS -TUGAS AJK NILAM

MESYUARAT JAWATANKUASA NILAM

1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun:-
      I. Januari - Mesyuarat perancangan dan pentadbiran.
      II. Jun - Mesyuarat pelaksanaan dan penilaian.
      III. November- Mesyuarat penilaian dan rumusan.
2. Menyediakan pelan tindakan dan carta gantt.



PENGERUSI ( GURU BESAR/PENGETUA )

1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Program NILAM peringkat sekolah.
3. Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
4. Memastikan pelaksanaan Program NILAM di peringkat sekolah berjalan dengan lancar.
5. Mengamati masalah, kelemahan dan kelebihan Program NILAM dan mengambil tindakan susulan.
6. Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM.
7. Menentukan bahan bacaan mencukupi dan sesuai untuk pelajar.
8. Menentukan pihak yang mengesahkan dan menandatangani Buku Rekod NILAM



9. Mengenalpasti guru untuk diberi kursus atau seminar berkaitan.
10. Meluluskan peruntukan kewangan.


TIMBALAN PENGERUSI ( Penolong Kanan Pentadbiran )

1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Bertanggungjawab kepada Pengerusi menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
3. Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Program NILAM.
4. Memastikan setiap panitia mengadakan sekurang-kurangnya satu aktiviti yang menyokong Program NILAM.
5. Menyimpan Rekod Pencapaian Bulanan pelajar pada hujung tahun.
6. Mengesahkan guru pembimbing dan kumpulan pelajar

PENYELARAS PROGRAM ( Guru Perpustakaan dan Media )

1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Memberi taklimat kepada murid dan pelajar.
3. Mengagihkan buku pinjaman kelompok.
4. Menyedia dan melaporkan analisis koleksi bahan bacaan di Pusat Sumber Sekolah.



5. Mengurus pembelian buku PSS berasaskan keperluan dan sistem pembelian sekolah.
6. Menyelaraskan aktiviti membaca yang menyokong Program NILAM yang dirancang oleh setiap panitia.
7. Menyediakan pangkalan data maklumat (PRONILAM).
8. Menyelaras pengurusan data( pengumpulan, pengisian dan analisis)
9. Membentang laporan pencapaian NILAM di peringkat sekolah.
10. Menghantar laporan ke PKG dan BTPN
SETIAUSAHA

1. Membantu Penyelaras melaksanakan program NILAM peringkat sekolah.
2. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal berkaitan.
3. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat.
4. Mengedarkan buku rekod bacaan pelajar kepada guru kelas.
5. Mengesan pelajar yang layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.
6. Menyenarai nama guru pembimbing dan kumpulan pelajar.
7. Mengemaskini statistik BRM pelajar dan markah RP dengan bantuan ketua aliran secara berkala dan tahunan.
8. Menganalisis data pencapaian keseluruhan Tahap Jauhari.
9. Menganalisis keseluruhan pencapaian Tahap Rakan Pembaca.
10. Membantu Penyelaras Program menyediakan laporan peringkat sekolah.